Daripada Ummu Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Saya hanyalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu akan mengajukan perkara kamu kepadaku. Barangkali sebahagian daripada kamu ada yang lebih pintar mengemukakan hujah daripada sebahagian yang lain. Maka, saya memberikan keputusan sesuai dengan alasan yang saya dengar. Maka, sesiapa yang saya putuskan baginya dengan (mendapat) hak saudaranya, maka sesungguhnya saya menentukan untuknya bahagian daripada api neraka. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
PENJELASAN
- Perkataan dalam teks hadis “al-hana” diertikan sebagai “lebih pintar”.
- Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak mengetahui hal ghaib (yang tidak nampak) melainkan apa yang telah diajarkan oleh Allah dan sesungguhnya beliau memutuskan suatu perkara berdasarkan bukti-bukti yang nampak.
- Hukuman (atau keputusan) yang ditetapkan seorang hakim pada dasarnya tidak menghalalkan sesuatu yang haram.
Firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu makan harta antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 200