HADIS

  • Keampunan kerana seekor anjing

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan. Dia berasa sangat haus, lalu dia menemui sebuah sumur. Dia pun turun ke dalam sumur itu dan minum. Selepas itu dia keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya sambil menelan tanah kerana sangat kehausan. Orang itu berkata: Pasti anjing ini telah berasa kehausan sebagaimana yang telah aku rasa tadi.

    Dia pun turun lagi ke dalam sumur, lalu memenuhkan sepatunya dengan air, kemudian membawa sepatunya dengan mulutnya, sehingga dia naik dari sumur tadi, lalu dia memberi minum pada anjing terbabit.

    Allah berterima kasih pada orang terbabit dan memberikan keampunan padanya.

    Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita juga mendapat pahala dengan sebab memberi minum pada haiwan?

    Baginda menjawab: (Berbuat baik) kepada setiap makhluk yang bernyawa ada pahalanya. (Muttafaq alaih — hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini menjelaskan keutamaan berbuat kebaikan kepada haiwan dan menjadi sebab diampunkan dosa dan masuk syurga.

    Sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 131

  • Cabang iman

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Iman mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Cabang paling utama ialah ucapan La ilaha illallah (tiada tuhan melainkan Allah), dan yang paling rendah ialah menyingkirkan hal-hal yang mengganggu di jalan. Dan malu adalah satu cabang daripada iman. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim)

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 130

  • Jangan meremehkan jiran

    Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai wanita muslimah! Jangan seorang antara kamu meremehkan jirannya meskipun (pemberiannya) berupa kaki kambing (kibas). (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    PENJELASAN

    Imam al-Jauhari berkata: Kaki kambing kibas seperti halnya kaki ternak yang lain juga. Tetapi seringkali al-firsin (perkataan dalam hadis itu) digunakan untuk kambing.

    Hadis ini mengandungi motivasi untuk berhubungan baik dengan jiran meskipun dengan pemberian kaki kambing. Ada hadis lain yang satu maksud dengan hadis ini: “Apabila kamu memasak kuah, maka perbanyakkanlah kuahnya dan berikanlah para jiranmu”.

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 130

  • Setiap persendian ada sedekah

    Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap persendian manusia ada (hak untuk dikeluarkan) sedekah ke atasnya, setiap hari terbit matahari padanya. Kamu mengadili antara dua orang adalah sedekah, kamu membantu seseorang pada kenderaannya, maka kamu menanggungnya ke atasnya (kenderaan) atau mengangkatkan barangnya ke atasnya (kenderaan) adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuhi menuju solat adalah sedekah dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Aisyah RAnha. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap manusia daripada Bani Adam diciptakan atas 360 persendian. Maka, sesiapa bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, mohon pengampunan (istighfar) kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalan orang ramai, atau menyingkirkan duri atau tulang dari jalan orang ramai, atau memerintahkan kebaikan atau melarang kemungkaran, sebanyak 360 kali, maka sesungguhnya orang itu memasuki waktu petang pada hari itu dalam keadaan dia telah menjauhkan dirinya dari neraka.

    PENJELASAN

    Setiap hari anak Adam melakukan sedekah sebanyak 360 sesuai jumlah persendiannya. Sesiapa melakukan ketaatan berupa perbuatan atau ucapan sejumlah persendiannya, maka sungguh dia telah bersyukur kepada Allah.

    Sumber — Riyadus Solihin & Penjelasannya, 129 & 130

  • Usah remeh kebaikan

    Daripada Abu Zar, dia berkata: Nabi SAW bersabda kepadaku: Jangan kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikit pun, meskipun hanya sekadar kamu menemui saudaramu dengan raut muka yang berseri-seri. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini mengandungi anjuran untuk melakukan kebaikan, sedikit mahupun banyak, dengan harta atau akhlak yang baik.

    Sumber — Riyadus Solihin & Penjelasannya, 129

  • Amalan baik, amalan buruk

    Daripada Abu Dzar, dia berkata: Nabi SAW bersabda: Ditunjukkan padaku amalan perbuatan umatku, yang baik dan yang buruk. Maka, saya mendapati termasuk dalam amalan perbuatan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di jalan, dan saya mendapati termasuk amalan perbuatan yang buruk ialah dahak yang dibuang di masjid dan tidak ditanam. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

    PENJELASAN

    Dalam hadis ini mengandungi peringatan mengenai keutamaan semua hal yang bermanfaat bagi manusia atau menghilangkan bahaya yang mengganggu mereka. Kebaikan dan keburukan meskipun sedikit akan ditulis pada seorang hamba.

    Firman-Nya pada surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8 bermaksud: Maka, sesiapa melakukan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (ganjaran) nya. Dan sesiapa melakukan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.

    Sumber — Riyadus Solihin & Penjelasannya, 128

  • Setiap persendian sedekah

    Daripada Abu Dzar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap persendian seorang antara kamu sekalian sedekah, maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kejahatan adalah sedekah dan yang demikian itu dapat dicukupi dengan dua rakaat solat Duha. (Hadis diriwayatkan Muslim)

    PENJELASAN

    Intisari hadis:

    Keutamaan mengucapkan tasbih dan zikir-zikir yang lain, menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan, dan bersedekah dapat dilakukan dengan selain harta iaitu berupa semula jenis amalan kebaikan.

    Keutamaan solat Duha dan bahawa solat Duha dapat mencukupi sebagai sedekah untuk anggota badan, kerana solat merupakan perbuatan semua anggota badan dan menahan diri daripada hal yang keji dan mungkar.

    1. Keutamaan solat Duha dan bahawa solat Duha dapat mencukupi sebagai sedekah untuk anggota badan, kerana solat merupakan perbuatan semua anggota badan dan menahan diri daripada hal yang keji dan mungkar.
    1. Keutamaan mengucapkan tasbih dan zikir-zikir yang lain, menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan, dan bersedekah dapat dilakukan dengan selain harta iaitu berupa semula jenis amalan kebaikan.
    2. Keutamaan solat Duha dan bahawa solat Duha dapat mencukupi sebagai sedekah untuk anggota badan, kerana solat merupakan perbuatan semua anggota badan dan menahan diri daripada hal yang keji dan mungkar.

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 127

  • Amalan paling utama

    Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah RA berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, amalan manakah paling utama?

    Baginda berkata: Iman kepada Allah dan berjihad pada jalan-Nya.

    Saya bertanya lagi, hamba sahaya manakah yang lebih utama?

    Baginda berkata: Hamba sahaya yang dipandang indah bagi pemiliknya serta termahal harganya.

    Saya berkata, jika saya tidak dapat melakukan hal tersebut?

    Baginda berkata: Hendaklah kamu membantu kepada seorang pekerja atau kamu melakukan suatu untuk seseorang yang kurang pandai bekerja.

    Saya berkata, wahai Rasulullah, bukankah anda lihat jika saya ini lemah dalam sesetengah pekerjaan.

    Baginda berkata: Hendaklah kamu menahan diri, jangan sampai melakukan kejahatan kepada orang lain, maka sesungguhnya hal itu merupakan sedekah daripada kamu untuk dirimu sendiri. (Hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini mengandungi penjelasan mengenai banyak cara melakukan kebaikan dan jika seseorang tidak mampu melakukan salah satu jenis kebaikan, pasti dia mampu melakukan amalan (baik) yang lain. Apabila dia tidak mampu melakukannya, maka dia dapat menahan diri daripada melakukan kejahatan kepada manusia (lain). Hal yang tidak dapat diraih secara keseluruhan, maka tidaklah ditinggalkan semuanya.

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 126 & 127

  • Dibangkitkan sesuai dengan keadaan meninggal dunia

    Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai keadaan ketika dia meninggal dunia. (Hadis diriwayatkan Muslim)

    Penjelasan:

    Hadis ini mengandungi motivasi kepada seseorang untuk melakukan amalan kebaikan, tetap dengan petunjuk Nabi Muhammad dalam segala keadaan, ikhlas kerana Allah dalam ucapan dan perbuatan agar dia meninggal dunia dalam keadaan terpuji, lalu dia pun dibangkitkan dalam keadaan demikian.

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 125

  • Diterima alasan sehingga 60 tahun

    Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: Allah tetap menerima alasan seseorang yang diakhirkan ajalnya sehingga sampai usia 60 tahun. (Hadis diriwayatkan al-Bukhari)

    PENJELASAN

    Ulama berkata: Pengertian hadis ini bahawa Allah tidak membiarkan alasan yang disampaikan oleh seseorang yang sudah berumur 60 tahun kerana dia telah dilambatkan oleh Allah sampai usia tersebut. Dikatakan a’dzarar rajulu – apabila dia sangat banyak mengemukakan alasannya.

    Maksudnya, Allah tidak membiarkan seorang hamba mencari alasan, seperti dia mengatakan: “Andai umurku dipanjangkan, pasti aku melakukan apa yang diperintahkan.” Oleh kerana itu seharusnya dia beristighfar, melakukan ketaatan dan menyiapkan (diri) untuk akhirat secara maksimum.

    Riyadus Solihin & Penjelasannya, 123

error: Content is protected !!