Daripada Usamah bin Zaid RA daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Saya tidak meninggalkan sepeninggalan saya suatu fitnah iaitu yang lebih memudaratkan ke atas lelaki daripada (fitnah) perempuan. (Muttafaq alaih – Sahih al-Bukhari dan Muslim)
PENJELASAN
Hadis ini menunjukkan bahawa fitnah perempuan lebih berat daripada fitnah syahwat yang lain, kerana seorang pasti memerlukan kepada perempuan. Kadangkala cinta kepada wanita menjadikannya melakukan hal yang tidak dibenarkan dan meninggalkan hal bermanfaat baginya, dalam urusan agama mahupun duniawi.
Riyadus Solihin & Penjelasannya, 239