Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu bangun dari (tempat duduk) suatu majlis, kemudian dia kembali ke tempatnya, maka dia lebih berhak dengannya (tempatnya tadi).” (Riwayat Muslim)
Huraian
— Hadis ini menunjukkan sesiapa meninggalkan tempat duduknya kerana suatu keuzuran, kemudian dia kembali lagi ke tempat duduknya tadi, maka dia lebih berhak, sama ada dia meninggalkan barang di situ atau tidak.