Daripada Ibnu Umar RA (radhiallahu anhu — semoga diredai Allah), bahawa Rasulullah SAW (sollallahu alaihi wasallam) pernah berdiri di sebelah mimbar sambil menghadap ke (arah) timur, lalu bersabda (ertinya):
“Ketahuilah, sesungguhnya fitnah (huru-hara akan timbul) dari sini, dari tempat munculnya tanduk syaitan atau kata baginda, tanduk matahari.”
Sumber — Huru-hara hari kiamat, Ibn Katsir — Bab beberapa contoh rusuhan yang telah dan akan terjadi pada akhir zaman.