Kota Madinah al-Munawwarah terpelihara daripada wabak penyakit dan gangguan dajjal
Dalam sahih Bukhari diriwayatkan daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Madinah tidak dimasuki wabak penyakit (taun) mahupun dajjal.”
Pada hadis berikut Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa suatu saat wilayah kota Madinah akan bertambah.
Menurut riwayat Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Tempat-tempat pemukiman akan sampai ke Ihab atau Yihab.”
Pada suatu masa penduduk Madinah akan keluar dari kota Madinah
Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa pada suatu masa penduduk Madinah meninggalkan kota Madinah.
Dalam sahih Muslim diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Mereka meninggalkan Madinah ketika kota itu keadaan sebaik-baiknya, hanya dipenuhi haiwan-haiwan liar – yang baginda maksudkan haiwan buas dan burung liar. Kemudian keluarlah dua orang gembala dari Muzainah menuju Madinah, dengan mengiring kambing mereka berdua. Namun ternyata kota itu telah sepi. Sehingga manakala kedua-duanya sampai ke Tsaniyatul Wada’, mereka tersungkur pada wajahnya.
Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 70 / 71