Daripada al-Barra RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan melainkan Allah mengampuni bagi kedua-duanya sebelum kedua-duanya berpisah. (Riwayat Abu Daud)
Huraian
Intisari hadis ini ialah penegasan perintah dan anjuran berjabat tangan berdasarkan khabar daripada Nabi SAW bahawa Allah akan mengampuni dua orang yang berjabat tangan di tempat kedua-duanya bertemu.