Maqam Ibrahim, batu tempat nabi itu berdiri

Ketika jemaah tawaf di Kaabah, mereka sering terpukau dengan Maqam Ibrahim, tapak kaki Nabi Ibrahim, yang disimpan dalam bekas kaca tertutup.

Maqam Ibrahim adalah batu tempat nabi itu berdiri di atasnya ketika Kaabah sedang dibina.

Batu itu sepanjang 50 sentimeter pada setiap sisi dan mempunyai dua tapak kaki di tengah dalam bentuk dua lubang bujur.

Menurut ahli sejarah, ketika Kaabah sedang dibina, dinding menjadi terlalu tinggi dan Nabi Ibrahim berdiri di atas sebuah batu yang secara ajaib mengangkatnya untuk membina tembok dan menurunkannya supaya dapat memungut batu dari anaknya, Nabi Ismail.

Dr. Samir Ahmed Barqah, seorang penyelidik dalam sejarah Makkah dan biografi nabi, memberitahu Arab News: “Ia adalah batu basah yang memiliki tapak kaki Nabi Ibrahim. Kesan tapak kakinya masih kelihatan hingga kini. Maqam dan Hajar Aswad adalah mercu tanda tertua dan paling suci dalam Islam, sejak 4,000 tahun lalu.

Ia terletak di hadapan pintu Kaabah, sekitar 10 hingga 11 meter ke timur.”

Barqah berkata bahawa ahli sejarah Mohammed Tahir Al-Kurdi pada tahun 1367 menyatakan panjang tapak kaki ialah 22 sentimeter panjang dan 14 sentimeter lebar.

Maqam Ibrahim, batu tempat nabi itu berdiri

Batu itu diletakkan dalam bingkai emas dan perak dan disimpan dalam bekas kaca. Semasa kekhalifahan Omar Ibn Al-Khattab, banjir Nahshal melanda kota itu dan mencabut batu itu dari tempatnya. Apabila khalifah datang ke Makkah, dia membetulkan batu itu pada kedudukannya sekarang.

Ia sebelum ini berada di dalam petak untuk melindunginya daripada kerosakan dan kecurian. Tetapi petak itu kemudiannya dikeluarkan, dengan batu itu diletakkan di dalam sarung kaca supaya setiap jemaah dapat melihatnya.

Pengkaji sejarah Saad Al-Sharif berkata, sepanjang zaman, batu itu sentiasa berada berhampiran Kaabah.

Apabila Nabi Muhammad menakluki Makkah, baginda dan para sahabat memutuskan untuk mengalihkan batu itu dari lokasi asalnya berhampiran Kaabah ke lokasi sekarang pada jarak lebih 10 meter untuk memudahkan tawaf.

Arab News