Masjid al-Ismaili

Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat, mula beroperasi pada 27 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 25 Julai 2014.

Al-Ismaili adalah diambil sempena nama Sultan Ismail Petra, mengabadikan nama baginda dalam kalangan rakyat.

Masjid ini dibina di atas tanah rizab masjid seluas 1.112 ekar.

Majlis pecah tanah pembinaan Masjid Al-Ismaili disempurnakan oleh Sultan Muhammad V pada 22 Disember 2011.

Dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. (https://masjidalismaili.e-maik.my/info-masjid/)

Lokasinya agak strategik, iaitu di bahu jalan bulatan yang menghubungkan Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas.

Masjid ini dapat menampung kira-kira 1,500 jemaah pada satu masa.