Masjid Negara

Masjid Negara
  • Masjid Negara dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965,
  • Lokasinya strategik kerana berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti stesen kereta api dan MRT serta tempat tumpuan awam seperti Dataran Merdeka, Muzium Kesenian Islam dan Taman Burung.
  • Jaringan jalan raya untuk memasuki dan keluar dari lokasinya juga praktikal.
  • Ia menjadi mercu tanda keagungan Islam di Malaysia.
  • Kini, ia turut menjadi tumpuan pelancong.
‘Tunku punya idea adalah rakyat terlebih dahulu’

Masjid Negara mempunyai gah tersendiri, tetap utuh bersama seni bina unik di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Ia berkat keikhlasan idea dan usaha generasi dahulu.

Pemimpin dan rakyat berganding bahu dan saling bertolak ansur. Hasilnya, Masjid Negara terus kekal menjadi simbol ketinggian Islam serta keutuhan perpaduan dan kesejahteraan.

Lokasinya berasaskan idea Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama.

Jawatankuasa pembinaannya dipengerusikan Tun Abdul Razak Hussein manakala arkiteknya, Datuk Dr Baharuddin Abu Kassim.

Satu pertemuan bersama Baharuddin, yang diaturkan sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Negara pada 2015, yang mana usia beliau ketika itu menjangkau 86 tahun.

“Orang tua ni banyak lupa. Tapi kalau jolok baru keluar. Umpama buah terlampau ranum, jolok sikit jatuh.” katanya sambil melemparkan senyuman sewaktu memulakan bicara dalam temubual di masjid itu.

Berkongsi idea pembinaan masjid itu, beliau berkata, lokasinya yang berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur adalah idea Tunku, sedangkan beliau sendiri berpendapat ia lebih menonjol di atas bukit.

“Tunku punya idea adalah rakyat terlebih dahulu. Katanya, masjid tak guna letak atas bukit kerana jauh dari stesen kereta api.

“Pasal orang dulu-dulu tak ada kereta, mereka naik kereta api. Sebab itu, masjid dekat dengan stesen kereta api.

“(Namun) apabila tanya saya, saya kata di Taman Tasik Perdana (tempat Tugu Negara). Tapi dia kata, itu dera orang…orang berpeluh-peluh baru hendak solat. Saya punya idea, letak atas sedikit. Jadi, itulah kedudukannya,” katanya.

Walaupun mempunyai idea berbeza, beliau tetap mengagumi Tunku kerana dalam serius ada kelakarnya dan dapat berunding dengan cara terbuka.

“Beliau kata, orang datang dari Kedah, mana ada bas, apa guna masjid – guna untuk orang berteduh, lepas itu dia solat. Kita yang buat dapat pahala,” katanya mengimbau kembali kata-kata Tunku.

Jelasnya, Tunku juga pernah mengatakan masjid berkenaan (sewaktu ingin dibina) bukan untuk orang Kuala Lumpur saja, tapi semua rakyat Malaysia.

“(Kata Tunku) apabila kamu memulakan perjalanan, kamu pergi dengan kereta api. Jadi duduklah di masjid. Tak payah duduk di hotel.

“Nampaknya, kita belajar bagaimana orang kampung datang ke Kuala Lumpur. Ini satu lagi kata-kata beliau membuktikan idea beliau (bernas). Beliau cakap, kamu fikir betul-betul.”

Mengenai reka bentuk masjid, Dr Baharuddin berkata, ia sebenarnya sangat rumit, malah memakan masa sehinggakan kerja tanah sudah siap, reka bentuknya belum lagi siap.

“Tunku komen, apa masjid rupa ini. Tapi, pengerusi jawatankuasa pembinaan adalah Tun Razak.

“Saya berurusan dengan Tun Razak. Beliau kata, ini jangan main-main, ini serius. Bukan untuk Tunku, bukan untuk sultan, tapi untuk negara.

Tun Razak yang meluluskan reka bentuknya,” katanya.

Tun Razak kemudian, meminta beliau berfikir bagaimana untuk mendirikan masjid berkenaan.

“Jadi, sultan punyal simbol buka payung (apabila mahu berjalan). Sebab itu kenapa payung datang dalam minda saya,” katanya.

Idea payung itu adalah simbol untuk sultan dan jika tidak, beliau menggunakan kubah dalam pembinaan berkenaan.

“Simbol penting apabila kita buat sesuatu. Sekarang, payung jenis macam mana? Payung yang (melengkung keluar – menggambarkan dengan tangan) atau payung yang lurus. Jadi, payung yang lurus sebab ia lebih senang,” katanya.

Menurutnya, membina bangunan masjid itu tidak mudah seperti yang lain, namun dengan doa secara serius akhirnya dapat juga melakukannya.

“Sebenarnya, Tun Razak menjadi seorang ketua yang baik. (Waktu itu) tak ada cakap Masjid Negara, hanya masjid. Kalau cakap Masjid Negara, rasa takut sikit. Jadi kamu rasa santai,” katanya.