MEJA EDITOR
Hadis dan keterangan dalam kandungan ini bersandarkan sumber (buku atau kitab terpilih, walaupun ada sesetengahnya terlepas daripada menyatakan sumbernya di bawah teks).
Foto kulit rujukan
Untuk siapa feed/suapan ini
Manusia…seluruh dunia yang hatinya ikhlas menuju jalan Allah, mencari-cari jalan keselamatan, kejayaan, jalan menguntungkan, jalan bercahaya, mempunyai sandaran, panduan dan tempat bergantung, mereka ingin taubat dengan sebenar-benar taubat, tertusuk rasa kasih, kasihan belas sesama manusia, tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kekurangan orang lain, tidak menganiaya orang lain serta orang berkehendakkan ilmu pengetahuan tetapi tidak berkesempatan atau tidak berpeluang ke majlis pengajian sebab masalah dihadapi seperti masalah kewangan, kesihatan atau sebab tak tahu — anda dibenarkan salin & tampal atau guna dalam apa cara yang anda suka.
Mereka yang tamak dunia, menzalimi manusia (dalam pelbagai rupa) dan hanya untuk mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain terutama dalam kalangan pemuka dan pembuat dasar mereka yang tidak pernah mengenal erti puas, walaupun genggaman tanah dimasukkan ke mulut mereka, adalah dinasihatkan jangan mengganggu atau menyalahgunakan kandungan ini.
Mengapa Kandungannya Sedikit?
Ia disebabkan kelemahan pemaju kandungan. Selain itu setiap kandungan diteliti terlebih dahulu sama ada teks mahupun terjemahan asal daripada sumber rujukan dan (proses mempertimbangkan dan memikirkan terjemahannya itu) mengambil masa, dan jika pemaju kandungan mendapati wujud kekeliruan atau sukar untuk difahami mengikut kapasiti akal dan pengetahuan yang ada, maka ianya dikemudiankan atau tidak dimasukkan dalam blog ini. Mungkin anda bertanya, mengapa begitu? Sebab pemaju kandungan berpendapat setiap yang ditulis dipertanggungjawabkan, maka yang ditulis, apa yang difahami mengikut kapasiti akal dan pengetahuan diberi oleh-Nya.
Pemaju Kandungan
IDRIS MUSA
Kelulusan
BA Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengalaman
Bekas Penulis Khas (Specialist Writer) di The New Straits Times Press (NSTP) Kuala Lumpur, pernah menjawat Ketua Biro Harian Metro Putrajaya dan Pengurus NSTP Biro Putrajaya.
Jika ingin memberi tip penghargaan kepada pemaju kandungan, contoh RM1 boleh majukan ke akaun Maybank beliau 112268161516
E-mel
khaliffa1024@gmail.com