Daripada Khaulah binti Amir al-Ansariyah dan dia ialah wanita (isteri) Hamzah berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya lelaki-lelaki (yakni orang-orang) membelanjakan harta Allah dengan (cara) tidak benar, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)
PENJELASAN
- Istilah “takhawwadhu” daripada perkataan dalam teks hadis diertikan sebagai membelanjakan dengan tidak benar.
- Hadis ini menunjukkan bahawa membelanjakan harta Baitulmal tidak harus berdasarkan keinginan semata-mata.
- Dalam riwayat Tirmidzi daripada Khaulah binti Qais bin Qahd disebutkan: Sesungguhnya harta ini manis dan hijau. Sesiapa mendapatkannya dengan cara benar, maka dia akan diberikan keberkatan dalam harta tersebut. Banyak sekali orang yang membelanjakan harta Allah dan rasul-Nya sesuai yang diinginkan oleh dirinya sendiri, maka tidak ada baginya pada hari kiamat selain neraka.
Riyadus Solihin & Penjelasannya, 201