MAKKAH – Sebagai lanjutan daripada projeknya membangunkan tapak bersejarah, Suruhanjaya Diraja Saudi bagi Makkah dan Tapak Suci merasmikan pusat kebudayaan dan rekreasi Khasirat Ayn Zubaida, baru-baru ini.
Perasmian itu berlangsung dengan kerjasama rakan kongsi suruhanjaya itu, termasuk Program Pengalaman Haji, Kementerian Kebudayaan, Pihak Berkuasa Am Wakaf, Suruhanjaya Warisan dan Syarikat Pembangunan Kidana.
Wilayah itu termasuk laluan kembara sepanjang 1.2 km dan enam kawasan kebudayaan dan rekreasi berbeza yang memperkayakan pengalaman pelawat dan menyediakan persembahan visual bersejarah.
Suruhanjaya itu berkata, ini akan dibuka sehingga 28 Februari.
Sebagai sumber air tawar dan persinggahan jemaah haji, strim Ayn Zubaida merupakan salah satu monumen paling bersejarah di Makkah dan memegang tempat istimewa di hati umat Islam. Ia juga merupakan simbol kekayaan sejarah dan warisan kota suci.
Pembangunan dan pemulihan wilayah Khasirat Ayn Zubaida mencerminkan kesungguhan suruhanjaya itu untuk memelihara kawasan bersejarah Makkah. Ia sedang berusaha membangunkan tapak ini untuk meningkatkan kesedaran budaya dan warisan, memperkaya pengalaman penduduk dan pelawat ke Makkah, dan mempromosikan pelancongan bersejarah di negara ini.
Arab News, 5 Januari 2024