Sedekah tidak mengurangkan harta, maaf menambah kemuliaan dan tawaduk mengangkat darjat

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (SAW) bersabda (mafhumnya): Tidak mengurangkan sedekah daripada harta. Dan tidak menambahkan Allah seorang hamba dengan memberi kemaafan melainkan kemuliaan. Dan tidak tawaduk (merendah diri) seorang kerana Allah melainkan Allah mengangkatnya (darjatnya). (Diriwayatkan oleh Muslim)

HURAIAN

Sedekah tidak mengurangkan harta. Malah sedekah menghindarkan bencana dan menjadi sebab turunnya berkat.

Orang yang pemaaf dimuliakan. Allah menambah kemuliaannya.

Demikian pula orang bersikap tawaduk atau merendah diri diangkat atau ditinggikan darjatnya di sisi Allah.

Rujukan: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 403

error: Content is protected !!