Riwayat Muslim, daripada Hudzaifah, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bahawa aku lebih tahu mengenai apa yang akan dimiliki oleh dajjal daripada dia sendiri. Dia akan memiliki dua sungai yang mengalir. Salah satunya nampak dalam pandangan mata sebagai air yang putih. Sedang yang lain nampak dalam pandangan mata sebagai api yang berkobar-kobar. Jika seorang daripada kamu sekalian mengalami, maka datanglah ke sungai yang nampaknya api lalu pejamkan mata, sesudah itu tundukkan kepala, lalu minumlah. Yang sebenarnya itu air yang sejuk. Sesungguhnya dajjal itu terhapus (sebelah) matanya. Pada mata yang terhapus itu ada selaput tebal. Tertulis di antara kedua-dua matanya, kafir. Boleh dibacanya setiap Mukmin yang pandai menulis atau tidak.
Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 77