Tag: Damsyik

  • Nabi Isa turun di sebelah timur Dimasyq

    Dalam riwayat an-Nawwas bin Sam’an, Rasulullah bersabda (mafhumnya — yang difahami):

    Nabi Isa akan turun di menara putih sebelah timur kota Dimasyq (Damsyik) memakai dua baju berwarna tanah merah, meletakkan kedua-dua tapak tangannya pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala, maka (seolah-olah) menitiskan air, dan apabila mengangkat kepala, maka (seolah-olah) berjatuhanlah titisan-titisan itu bagai manik-manik mutiara. Dan tidak seorang kafir pun yang mencium bau nafasnya melainkan mati. Padahal nafasnya dapat dirasakan sejauh matanya memandang.

    Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 126

  • Masjid Umawi

    Dibina antara 705 dan 715 oleh Khalifah Umayyah al-Walīd I. Bersebelahan dengan masjid adalah makam seorang pemimpin Islam terkenal, Salahuddin, yang menawan semula Baitulmaqdis daripada tentera Salib. [Sumber]

    Masjid yang terletak di Damsyik, Syria ini terkenal semenjak dahulu dan ia antara pusat keagamaan dan keilmuan yang menjadi tumpuan utama.

    Berhubung kait dengan Damsyik, ada satu hadis disebutkan dalam Huru-Hara Hari Kiamat Ibnu Katsir: Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (ertinya): “Sesungguhnya khemah besar kaum Muslimin pada hari pertempuran sengit ada di Ghuthah di sebelah kota yang bernama Dimasyq (Damsyik atau Inggerisnya Damascus), salah satu kota terbaik di Syam.”