Tag: pahala

  • Kedua-duanya mendapat pahala

    Daripada Abu Said al-Khudri RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengutus suatu pasukan untuk memerangi Bani Lihyan dari suku Hudzail, lalu baginda bersabda: Hendaklah yang berangkat dari setiap dua orang hanya salah seorang daripada kedua-duanya dan kedua-duanya mendapat pahala. (hadis diriwayatkan Muslim)

    Sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 170

  • Membantu pelaku kebaikan diberikan pahala seperti pelakunya

    Daripada Abu Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa menyiapkan (perbekalan) kepada seseorang yang berperang di jalan Allah, maka sungguh dia juga ikut berperang dan sesiapa menggantikan mengurus keluarga orang yang berperang dengan baik, sungguh dia juga (mendapat pahala) berperang. (Muttafaq alaih- maksudnya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini menegaskan bahawa orang yang menolong melakukan kebaikan, maka baginya pahala seperti pelaku kebaikan itu.

    Sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 170