Inskripsi batu berusia 1,500 tahun ditemui di wilayah Fars
Tapak Warisan Dunia Persepolis mengumumkan pada Rabu, bahawa inskripsi batu purba ditemui di wilayah Tangeh Bolaghi, bandar Pasargad di wilayah Fars.
Tapak Warisan Dunia Persepolis menyatakan bahawa inskripsi (atau prasasti) itu bermula kira-kira 1,500 tahun, bermula pada zaman Sassanid.
Ia adalah surat dedikasi yang memaklumkan pembinaan jambatan, empangan dan ‘blessing’.
Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Pahlavi di atas batu berukuran 90 x 40 cm, iaitu berupa garis mendatar dan menegak.
Tangeh Bolaghi (foto) ialah sebuah lembah yang penting dari segi arkeologi, terdiri daripada 130 penempatan purba, dan ia terletak di wilayah selatan Iran, Fars, kira-kira tujuh kilometer dari Pasargadae, Iran.
IRNA, 4 Jan 2023