Daripada Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika seorang daripada kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangannya. Sebab sesungguhnya syaitan akan masuk. (Riwayat Muslim)
Huraian
— Intisari hadis ini ialah sunah menutupkan mulut dengan tangan ketika menguap kerana syaitan akan masuk mulut ketika seseorang menguap.