Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah suatu kaum bangun meninggalkan majlis tanpa berzikir kepada Allah Taala padanya melainkan mereka bangun seumpama bangkai keldai dan mereka akan mendapat penyesalan.” (Riwayat Abu Daud)
Huraian
— Disebut bangkai keldai untuk lebih menekankan agar perbuatan itu dijauhi dan sebagai isyarat bahawa meninggalkan zikir seumpama dengan keldai dalam hal kebodohan. Sebabnya dia lalai berzikir kepada Allah lantaran kesombongan dan nikmatnya berbincang-bincang.